19 September 2019

Mata Jahitan Asas

Terdapat 3 jenis mata jahitan asas yang diperkenalkan dalam kandungan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4, iaitu jahit kia, jelujur kasar, dan jelujur halus.


Jenis Jahitan
Kegunaan
Contoh mata jahitan
dan cara menjahit
Jahitan Kia
-- jahitan
penyambung
1. Memulakan dan
mematikan jahitan
2. Menggantikan jahitan
mesin
3. Digunakan sebagai
jahitan sulaman
4. Mencantumkan fabrik
Image result for jahitan kia
1. Masukkan jarum dari A
terus ke B dengan jarak 4mm.
2. Tarik jarum dan tinggalkan
hujung benang kira-kira 30mm.
3. Ulangi proses menjahit dari
A ke B.
4. Kemudian masukkan jarum
dari A ke C dengan jarak 4mm
dari B. Tarik jarum. Undur semula
jarum ke B dan cucuk jarum
ke D pula.
5. Ulangi proses menjahit
sehingga siap dan matikan jahitan
dengan jahitan kia.
Jelujur Kasar atau Sama
-- jahitan
sementara
-- senang dicabut
1. Menetapkan kedudukan
kelepet, kelim dan kocek
sebelum menjahit kekal
2. Menetapkan bahagian
kain yang melengkung
atau berkedut yang akan
teregang semasa pakaian
itu dipadankan
1. Dengan satu lembar benang,
mulakan dengan jahit kia dari kanan
ke kiri.
2. Mata jahitan adalah sama
panjang di sebelah luar dan
dalam kain iaitu 1.25cm.
3. Akhirkan dengan jahit kia.
Jelujur Halus
-- jahitan
penyambung
1. Menyambungkan dua
atau lebih kepingan
kain jika tidak ada mesin
jahit
2. Menggantikan jahitan
jelujur buat sementara
3. Membuat kedut
4. Mensekatakan kepala
lengan
5. Dijahit pada tepi
kain yang melengkung
untuk mengelakkan tepi
kain daripada memeri
dan berbulu.
6. Dijadikan sebagai jahitan
sulaman
1. Dimula dan dimatikan dengan
jahit kia.
2. Jahit dari kanan ke kiri dengan
mata jahitan yang halus dan sama
besar dengan jaraknya,
iaitu antara 3 mm hingga 5mm. 

1 comment: